Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah
Nama beliau ialah Shams al-Din Abu
Abdillah Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ayyub bin Sa’ad yang terkenal dengan
nama Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Ibn Qayyim dilahirkan pada 7 Safar 691H/ 9
Januari 1292M di kampong Zara’ dari perkampungan Haura, sebelah tenggara
Damsyik ( Damaskus ) dan meninggal dunia pada tempat yang sama pada tahun
751H/1350M. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan dan mencintai
ilmu pengetahuan. Ayahnya adalah guru pertama Ibn Qayyim yang telah mengajarkan
kepadanya ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-fara’id. Beliau telah menuntut
belbagai bidang pengajian dengan beberapa orang ulama’ terkenal pada waktu
berkenaan. Antara bidang pengajian yang dipelajari daripada mereka ialah tafsir
al Qur’an, hadith, usul al-fiqh dan fiqh. Kesungguhan dan ketekunan Ibn Qayyim
mempelajari ilmu dalam belbagai bidang akhirnya menjadikan beliau terkenal
sebagai seorang tokoh dalam bidang fiqh, usul al-fiqh, tafsir, bahasa Arab,
ilmu kalam dan hadis. Malah menurut Ibn `Imad, Ibn Qayyim adalah seorang yang
alim dalam bidang tasawuf.Ibn Qayyim sangat terkenal sebagai seorang tokoh
ilmuwan pada zamannya dan dapat mengusai belbagai bidang ilmu. Beliau adalah
salah seorang faqih yang mempunyai autoriti dalam Mazhab Hanbali. Beliau juga
mempunyai personaliti dan peribadi yang baik yang amat sukar ditandingi oleh orang
lain yang semasa dengannya. Ibn Kathir (m. 774H/1373M), salah seorang anak
muridnya pernah menyatakan bahawa Ibn Qayyim adalah seorang yang kuat beribadah
dan peribadi yang disukai oleh orang ramai pada waktu itu. Beliau menulis:
“Aku
tidak pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang kuat beribadat
seperti Ibn Qayyim. Apabila sembahyang, sembahyangnya begitu lama. Beliau
memanjang ruku`nya dan juga sujudnya”.
Selaku seorang ulama’ yang
terkenal, Ibn Qayyim telah didampingi oleh banyak orang yang berguru dan
mempelajari belbagai bidang ilmu dengannya. Antara anak-anak muridnya yang
masyhur ialah Ibn Kathir tokoh dalam ilmu hadis dan sejarah, Zayn al-Din Ibn
Rajab al- Hanbali (m. 795H/1397M) seorang tokoh dalam Mazhab Hanbali dan Ibn
Hajar al-`Asqalani (m. 852H/1449M) seorang tokoh hadis yang tidak asing lagi.Ibnu Qayyim selalu menyertai ibnu taimiyyah sejak masih
kecil sehingga lulus darinya dengan menguasai berbagai ilmu. Ia juga menempuh
gurunya dalam berfatwa, mengajar dan mengarang. Ibnu Qayyim menonjol diantara
kawan – kawannya, lebih banyak ilmunya, lebih kuat argumennya, lebih mengena
dalam penjelasaannya dan lebih fasid dalam beredialog. Hal inilah yang mendukung dirinya
banyak mengarang karyanya dalam disiplin ilmu. Sehingga ia menyeru ke semua pihak
dengan panah kebenaran, ia juga juga mengalami apa yang dialami gurunya yaitu
di fitnah dan dimusuhi serta bolak balik masuk penjara, serta banyak menanggung
derita dalam mengemban ilmu.
Pemikiran Ekonomi Ibnu Qayyim
1. Falsafah
ekonomi Islam
Ibn Qayyim dalam penulisannya
telah menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan falsafah ekonomi Islam
yaitu konsep manusia Islam (homo islamicus) dan manusia bukan ekonomi (non
homo economicus), konsep keadilan dan nilai-nilai etika dalam ekonomi,
aktiviti-aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian buruh, pemilikan harta
kekayaan oleh individu dan peranan kerajaan dalam ekonomi.
2. Pandangan
Ibn Qayyim tentang kekayaan dan kemiskinan
Penyebaran pengaruh tasawuf yang
meluas pada masa Ibn Qayyim mengakibatkan masyarakat melupakan kehidupan
duniawi dan menumpukan terus kepada kehidupan ukhrawi. pemahaman yang
salah ini menyebabkan orang ramai hidup dalam kemiskinan dan bagi mereka harta
kekayaan itu adalah kehidupan dunia yang sementara dan tidak perlu
dicari. Untuk membetulkan salah faham ini, Ibn Qayyim cuma sedaya upaya
supaya masyarakat Islam yang sewaktu dengannya kembali kepada ajaran Islam yang
sebenarnya itu petimbangan antara kehidupan dunia dan kehidupan
akhirat. Lebih lanjut lagi supaya masyarakat dapat menyeimbangkan antara
pemilikan kekayaan dan kehidupan kemiskinan Ibn Qayyim berhujah bahwa
kekayaan yang dimiliki oleh seseorang itu membolehkannya melaksanakan semua
jenis amalan kebaikan dengan mudah seperti menunaikan haji, jihad, membina
masjid dan terusan, memberikan hadiah, pembebasan tawanan, perbelanjaan yang
wajib dan sunat dan sebagainya. Mereka yang sependapat dengan Ibn Qayyim
juga berpendapat bahwa di kalangan sahabat dan mereka yang berkedudukan tinggi
waktu itu pada waktu Nabi Muhammad SAW terdiri daripada orang
kaya. Dengan kekayaan itu mereka membuat perbagai sumbangan dan
penglibatan dalam jihad serta membantu orang-orang Islam yang lain. Selanjutnya
dalam hal ini Ibn Qayyim berpendapat “daripada kalangan orang kaya dan orang
miskin, yang paling disukai adalah makhluk yang bertaqwa pada Allah
dan dia melebihkan amanah-amanah baik. Oleh itu, orang kaya dan orang
miskin adalah sama dalam asas ukuran ini.” Dia juga berpendapat bahwa kekayaan
dan kemiskinan adalah ciptaan Allah SWT untuk menguji hamba-hambaNya siapa yang
lebih dalam amalan-amalannya. Kadangkala Allah menguji seseorang dengan
memberikan kepadanya kekayaan yang melimpah ruah. Pada masa yang lain
seseorang itu diuji dengan kemiskinan. Kenyataan di atas adalah selari dengan
prinsip asas falsafah ekonomi Islam sebagaimana yang diuraikan oleh ahli-ahli
ekonomi Islam berkenaan. Ibn Qayyim juga mengingatkan kita supaya tidak
terkeliru antara konsep kemiskinan dan kehidupan yang zuhud di
dunia. Zuhud ialah antara nilai Islam yang paling penting yang disalah
artikan sebagai pelepasan kekayaan dan perkara-perkara baik dalam kehidupan.
Dalam penulisannya Madarij al-Salikin, Ibn Qayyim telah
mengemukakan berbagai pendapat berkenaan dengan zuhud. Beliau bertegas
mengatakan bahwa zuhud bukan berarti menolak perkara-perkara duniawi. Harta
benda yang banyak bukan menjadi penghalang kepada seseorang untuk menjadi insan
yang warak dalam hidup mereka. Seseorang boleh mempunyai sikap membersihkan
diri dan menolak perkara-perkara duniawi meskipun ia mempunyai banyak harta
kekayaan, dan seseorang juga boleh memiliki sedikit sifat zuhud meskipun ia
hidup dalam kemiskinan.
3.
Kepentingan Ekonomi Zakat
Menurut Ibn Qayyim fungsi zakat
ialah untuk membangunkan kualiti kebaikan, persaudaraan dan kebajikan. Atas
alasan inilah kadar khusus zakat ditetapkan. Ia boleh mencapai tujuan ini
dengan mudah tanpa menyebabkan sebarang keresahan. Jumlah bayaran zakat tidak
terlalu banyak yang boleh menyebabkan pembayarnya merasa terkilan. Bayaran
tersebut cukup untuk memenuhi keperluan asas golongan yang tidak berada. Jika
kadar bayaran zakat itu tinggi, orang-orang yang kaya berkemungkinan mengelak
dengan berbagai cara daripada membayarnya. Jika golongan yang kaya enggan
membayar zakat yang diwajibkan atas mereka dan golongan yang miskin tidak
menerima apa yang menjadi hak kepada mereka, fungsi pembayaran zakat seperti diterangkan
di atas tidak boleh dicapai. Ibn Qayyim menulis bahwa zakat dikenakan atas
setiap jenis harta kekayaan dan atas setiap barang-barang yang boleh
meningkatkan pertumbuhan. Barang-barang untuk tujuan penggunaan seperti
pakaian, rumah, peralatan, binatang tunggangan seumpamanya bebas daripada
kewajipan dikenakan zakat. Hanya empat jenis harta saja yang dikenakan zakat
binatang ternak, tanaman dan buah-buahan, emas dan perak serta barang-barang
dagangan. Selain daripada jumlah buruh yang terlibat dalam proses
pengeluaran menjadi penentu kadar zakat, Ibn Qayyim juga menjelaskan
faktor lain yang menyumbang kepada perkara tersebut. Antaranya ialah untuk
mewujudkan konsep keadilan dalam ekonomi. Peningkatan dalamtanaman dan
buah-buahan adalah lebih daripada peningkatan dalam barang-barang perdagangan.
Kadar peningkatan yang berbeda ini memberikan kesan yang berbeda.Dalam kesan
ini yang perlu dibayar oleh pengeluar barang-barang pertanian adalah lebih
berbanding dengan yang perlu dibayar oleh para pedagang terhadap
barang-barang dagangan mereka. Pertumbuhan tanaman yang diairi oleh air hujan
adalah lebih baik berbanding dengan pertumbuhan tanaman yang diairi oleh usaha
manusia atau terusan atau perigi.Abdul Azim Islahi ketika mengulas pendapat Ibn
Qayyim menyatakan bahwa pendapat itu mempunyai kebenarannya pada zaman dahulu
yang hampir-hampir tidak terdapat industri berskala besar dalam bidang
perniagaan. Industri yang wujud dalam industri kebanyakannya hanya dalam bentuk
perniagaan kecil. Bentuk pengairan dan pertanian adalah dalam bentuk yang mudah
dan tidak kompleks. Tetapi situasinya adalah berlainan dengan masa sekarang.
Bentuk perniagaan domestik dan luar Negara adalah dalam skala besar, dan
kegiatan pertanian diuruskan menggunakan cara dan teknik yang canggih dan
moden. Oleh itu, justifikasi yang dikemukakan oleh Ibn Qayyim tentang perbedaan
kadar kewajipan membayar zakat adalah sukar untuk diterima. Berkenaan dengan
tempoh pembayaran zakat, Ibn Qayyim menulis bahwa zakat boleh dibayar apabila
cukup tempoh satu tahun pemilikan harta kecuali pada harta kekayaan yang tidak
diketahui pemiliknya, zakat akan dikenakan serta merta seperti penemuan harta
karun. Sementara dalam kes zakat pertanian, ia akan dikutip pada masa
hasil dituai. Tempoh satu tahu yang ditetapkan oleh syariah adalah paling
sesuai dan memadai untuk kutipan zakat. Jika zakat dikutip untuk tempoh bulanan
dan mingguan, ia akan menjejaskan kemaslahatan pembayar zakat. Sementara jika
ia dikutip sekali saja sepanjang hidup, ia akan menjejaskan kebajikan dan
kehidupan golongan miskin. Dalam tempoh itu, pemilik harta berkenaan boleh
menggunakan hartanya pada jalan yang produktif dan mendapatkan pulangan.
Sebaliknya jika zakat dibayar setiap minggu atau bulan, ia akan
menyusahkan para pembayar zakat untuk membuat taksiran pada harta mereka dan bagi
negara pula pengurusan kutipan dan tagihan zakat akan menjadi mahal dan
sukar. Zakat yang dikutip oleh negara akan ditagihkan pada mereka yang berhak
untuk menerimanya. Ibn Qayyim menjelaskan bahwa terdapat delapan golongan
yang berhak menerima bagian zakat sebagaimana yang ditetapkan oleh
al-Qur’an. Beliau membahagikannya kepada dua kategori. Kategori yang
pertama ialah mereka yang berhak menerima zakat mengikut keperluan yaitu fakir,
miskin, riqab dan ibn sabil. Kategori kedua ialah mereka yang menerimanya untuk
kegunaan sendiri yaitu amil, mualaf, orang yang berhutang untuk tujuan
baik dan mereka yang berjuang fi sabilillah.
4.
Bunga – riba al-fadl dan riba
al-nasi’ah
Ibn Qayyim juga membincangkan
persoalan riba yang menjadi teras dalam amalan perbankan dan kewenagan
konvensional dan beliau menyatakan amalan riba amat bertentangan dengan amalan
zakat dan sedekah. Ibn Qayyim memetik ayat 276 dalam surat al-Baqarah
yang berbunyi: “Allah SWT susutkan (kebaikan harta yang dijalankan
dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta
yang dikeluarkan) sedekah dan zakat.”Beliau membagikan riba kepada dua
jenis yaitu riba al-fadl dan riba al-nasi’ah. Riba
al-fadl diistilahkan juga oleh Ibn Qayyim
sebagai riba al-khafi dan riba
al-nasi’ah sebagai riba al-jali. Riba al-Fadl berlaku dalam
urus niaga enam jenis komoditi yang ditukar sesama komoditi berkenaan
secara tidak sama sukatan atau timbangan dan secara hutang. Keenam-enam
komoditi tersebut ialah emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam.
Sementara riba al-nasi’ah berlaku pada transaksi hutang uang
dengan uang yang dibayar secara tidak sama nilai atau jumlahnya. Umpamanya A
meminjam 100 ribu daripada B dan B meminta A membayar hutang tersebut dengan
jumlah yang lebih umpamanya, 120 ribu Ibn Qayyim melarang amalan semua jenis
riba karena memberi kesan buruk kepada masyarakat dan menghilangkan perasaan
ihsan dan semangat tolong menolong. Sebaliknya ia boleh menimbulkan permusuhan
antara individu.
5.
Mekanisme Pasaran dan Penghargaan
Berkenaan dengan mekanisme
pasaran Ibn Qayyim menjelaskan bahwa perjalanan pasaran hendaklah berlaku
secara adil dan kerjasama terpimpin. Unsur-unsur negatif dalam pasaran yang
boleh mengakibatkan kezaliman kepada parapeniagaan lain seperti monopoli,
sorok, paksaan dan sebagainya hendaklah diawasi oleh pihak pemerintah melalui
institusi hisbah dan seumpamanya. Demikian juga dengan kesan penghargaan
barang-barang dan perkhidmatan di pasaran, beliau berpendapat hendaklah
diserahkan pada pasaran yaitu berdasarkan kepada kuasa penawaran dan permintaan
di pasaran. Jika ia berjalan secara adil, kerajaan tidak boleh campur tangan
membuat penetapan harga karena ia boleh menimbulkan kezaliman kepada mereka
yang terlibat dalam pasar. Sebaliknya jika unsur-unsur negatif
berlaku seperti kezaliman, paksaan, manipulasi dan sebagainya yang
menyebabkan harga dipasar tidak menentu, maka kerajaan harus campur tangan
untuk menstabilkan harga barang-barang berkenaan untuk masalah pengguna dan
peniaga. Sejalan dengan Ibn Taimiyyah, Al Qayyim berpandangan bahwa harga
harus dibentuk oleh keseimbangan supply dan demand yang terbentuk di pasar.
Selain itu, Ibn Al Qayyim juga memandang penting peran dari Al Nisbah, yakni
sebuah lembaga untuk mengontrol, mengintervensi dan mensupervisi kegiatan
ekonomi.
SUMBER:
SUMBER:
http://fatimaajja.blogspot.com/2012/06/pemikiran-ekonomi-ibn-qayyim.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar